Menteri, Timbalan Menteri Baharu Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 1:30 PM

Johari Abdul Ghani.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani pada Selasa mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.

Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 11.30 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri Kabinet.

Selepas Johari, Tan Sri Noh Omar pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini diikuti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Mereka kemudian melafazkan ikrar dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Najib semalam, Noh, yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dibawa masuk untuk menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Johari, yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi, selain akan menyusun semula tugas menteri-menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Penyusunan semula Kabinet itu turut melibatkan pertukaran portfolio menteri sedia ada iaitu Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Mah Siew Kiong sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Najib juga mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baharu dan seorang bekas timbalan menteri ke dalam Kabinet, selain pertukaran dua portfolio timbalan menteri bagi memantapkan pentadbiran.

Perdana menteri berkata rombakan Kabinet kali ini bertujuan mengisi kekosongan menteri dan timbalan menteri Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan