Mukhriz Tak Ada 'Locus Standi' Ulas Hubungan Umno-PAS - Annuar

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 6:51 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak mempunyai 'locus standi' atau kedudukan untuk mengulas mengenai hubungan antara Umno dan PAS, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata Mukhriz tidak berhak memberi komen atas perkara itu kerana beliau tidak menganggotai mana-mana parti ketika ini.

"Mukhriz tak ada 'locus standi' untuk beri apa-apa komen mengenai hubungan Umno dan PAS dan pandangan beliau tidak memberi apa-apa impak.

"Yang pastinya antara Umno dan PAS, kedua-duanya mempunyai pucuk pimpinan yang sudah tentu ada kebertanggungjawaban kepada parti masing-masing, dan itu terpulanglah kepada parti masing-masing untuk menentukan hala tuju (mereka)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota tentera dan anggota Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas di sini hari ini.

Pada Ahad, Mukhriz dalam satu sidang akhbar mendakwa perjanjian Umno dan PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Jumaat lepas, Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat bekas timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaannya sehingga MT menerima laporan daripada Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti.

Annuar yang juga anggota MT Umno berkata parti itu tidak menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa kepada kebaikan agama, bangsa dan negara.

Di KUALA NERANG, seorang lagi anggota MT Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid  berkata Mukhriz perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan tuduhan terhadap Umno kononnya melakukan pakatan dengan PAS.

"Mukhriz perlu bercakap berlandaskan fakta tepat dan mempunyai pertimbangan asas," katanya yang juga Menteri Pendidikan selepas Majlis Pelancaran Projek Telefon Awam Pintar Pelajar Sekolah (MyFon) di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan