Othman Aziz Terkejut Dilantik Timbalan Menteri Kewangan

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 10:19 PM

Datuk Othman Aziz

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: "Saya amat terkejut dan tidak menjangka pengumuman ini akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Datuk Othman Aziz sejurus selepas mendapat tahu beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet, Isnin.

Othman yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Jerlun bagaimanapun berkata beliau amat berterima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan perdana menteri kepadanya.

"Insya-Allah saya akan laksanakan tugas terbaik bagi bantu beliau (Najib) dan Menteri Kewangan untuk jalankan kerja-kerja di kementerian tersebut, bagaimanapun saya perlu melihat apakah tanggungjawab yang akan diberikan secara khusus kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Jerlun yang selama ini menyokong beliau dan berharap sokongan tersebut akan berterusan.

"Melalui pelantikan ini saya harap mereka (rakyat Jerlun) juga akan dapat tempias dan manfaat di atas pelantikan ini, sama-samalah kita berdoa semoga semuanya dapat faedah daripada pelantikan ini demi masa depan bersama," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan