MRT 2: Pemilik Strata Ampang Park Mahu Lakaran Teknikal Projek

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 39 pemilik strata pusat beli- belah Ampang Park di sini memohon untuk mendapatkan lakaran teknikal dan spesifikasi bagi projek pembinaan MRT laluan dua (MRT 2) bawah tanah stesen Ampang Park.

Peguam Jason Ng Kau yang mewakili kumpulan pemilik strata itu berkata permohonan itu difailkan pada 17 Jun lepas bagi memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku responden menyerahkan dokumen berkenaan.

Beliau berkata, lakaran teknikal dan spesifikasi projek pembinaan itu  bertujuan bagi menyangkal dakwaan responden bahawa terdapat isu keselamatan  berhubung pembinaan itu sekiranya pusat beli-belah berkenaan tidak dirobohkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden.

Jason berkata projek pembinaan MRT laluan 1 (MRT 1) bawah tanah di Bukit Bintang berjaya dilakukan tanpa merobohkan bangunan-bangunan tinggi di sana, oleh itu tiada keperluan untuk meroboh pusat beli-belah Ampang Park kerana bangunan di kawasan itu tidak setinggi di Bukit Bintang.

"Mahkamah menetapkan 29 Jun ini untuk kedua-dua pihak menfailkan hujahan dan 30 Jun untuk pendengaran permohonan pemohon untuk mendapatkan dokumen itu," katanya.

Shamsul pula berkata pihaknya menyokong bantahan MRT Corp untuk penzahiran dokumen itu kerana maklumatnya adalah sulit.

Pada 8 Jan, lepas, 39 peniaga berkenaan, yang merupakan pemegang strata bagi premis itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia, Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Bagaimanapun, pada 20 Jan lepas, kumpulan itu menggugurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Jan lepas, membenarkan permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Ampang Park

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan