"Kesetiaan Itu Penting" - Noh Omar - Berita Semasa | mStar

"Kesetiaan Itu Penting" - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 6:44 PM

Tan Sri Noh Omar

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Noh Omar menyambut baik pelantikan semula beliau ke Kabinet, sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap peluang yang diberikan.
 
"Saya mengambil ini sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, kerja keras dan kesetiaan kepada parti (Umno) akan sentiasa disedari.

"Walaupun berdepan situasi turun naik sepanjang tahun, akan tiba suatu peluang untuk kita mengambil tanggungjawab yang lebih besar, selagi kita tabah dan bersabar," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kini akan menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas pengumuman rombakan Kabinet yang dibuat oleh Najib.

Noh, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mendapat tahu dilantik semula kepada Kabinet selepas diberitahu oleh anggota parti semasa mesyuarat.

"Bagaimanapun, saya gembira dan yang paling penting bersyukur. Saya berharap untuk menyampaikan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat dalam membangunkan bandar," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Noh Omar , rombakan Kabinet
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan