Sistem Kejara, Lebih Banyak Kamera AES Dipasang Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 12:34 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem mata demerit Kejara akan dilaksanakan pada tahun ini manakala lebih banyak kamera pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) akan dipasang, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kedua-dua sistem secara kumulatif ini yang dikenali sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kini menunggu kelulusan Kabinet.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata papan tanda akan dipasang untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kewujudan kamera perangkap laju di hadapan mereka.

"Sistem ini bukan bermaksud untuk menghukum pesalah trafik tetapi untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mereka serta bersama-sama menjadikan keadaan di jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna," katanya.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena Hari Raya di Plaza Tol Sungai Besi pada pagi Isnin.

Katanya, pelbagai inisiatif akan diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian pada musim perayaan.

Beliau berkata Ops Bersepadu di seluruh negara akan diadakan dari 29 Jun hingga 13 Julai pada tahun ini.

Katanya, sepanjang tempoh ini, had laju di Jalan Persekutuan akan diturunkan daripada 90 kepada 80 kilometer sejam manakala had kelajuan maksimum di jalan negeri diturunkan kepada 70 kilometer sejam.

Liow turut mengingatkan pemandu dan penumpang untuk memakai tali pinggang keledar serta mematuhi had kelajuan yang ditetapkan agar dapat tiba selamat di destinasi ditujui.

Beliau juga memberi amaran pemandu bahawa penggunaan lorong kecemasan adalah satu kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Kejara , AES , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan