Ikea Malaysia Tarik Balik Dua Produk Coklat Gelap

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: IKEA Malaysia telah menarik balik dua jenis bar coklat gelap iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.

"IKEA amat mengutamakan keselamatan dan penarikan balik ini melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Mork 60 peratus 100g dan Choklad Mork 70 peratus 100g.

"Catatan BBD itu boleh ditemui di sebelah belakang pembungkusan bar coklat berkenaan (tahun/bulan/tarikh)," IKEA Malaysia berkata dalam satu kenyataan, Isnin.

"Individu yang alah kepada susu atau kacang hazel mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk tersebut," katanya.

Menurut IKEA Malaysia, pelanggan yang alah kepada susu atau kacang hazel atau yang dinyatakan sebaliknya adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden di gedung-gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.

"Kami memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang timbul," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan IKEA pada talian 03-7952 7575.

Tags / Kata Kunci: Ikea Malaysia , coklat gelap

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan