Honda Sahkan Inflator Beg Udara Bahagian Pemandu Pecah Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd pada Isnin mengesahkan inflator beg udara Takata Single Stage (SDI) bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang berlaku pada Ahad.

Dalam kenyataan, Honda berkata perkara ini disahkan semasa pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia bahawa inflator beg udara SDI bahagian pemandu pecah dalam kemalangan melibatkan Honda City 2005 pada 26 Jun, 2016 di Selangor.

"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) diumumkan pada 21 Mei, 2015, yang memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti," katanya.

Sejak 2015, Honda berkata kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.


"Tiga notis panggilan semula telah dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai," katanya.
Tags / Kata Kunci: beg udara , inflator , Honda Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan