Doktor Wanita Khusus Sambut Kelahiran Belum Dapat Dilaksanakan - Dr Hilmi

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 11:44 PM

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O and G) adalah antara faktor kerajaan belum mengkhususkan hanya doktor wanita menyambut kelahiran bayi di hospital awam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata kerajaan memang bercadang untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut  kelahiran bayi di hospital berkenaan.

"Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.

"Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hamper dan duit raya kepada 50 pesakit di Hospital Balik Pulau di sini Isnin.

Sementara itu mengulas berkenaan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Hilmi berkata barisan kabinet yang diterajui muka lama dan muka baharu itu menepati kehendak rakyat sekaligus menjadikan jentera kerajaan berjalan lancar.

"Ini adalah harapan kita semua dan sebagai anggota kerajaan kami bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk deliver apa yang telah perdana menteri rancang untuk rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan