Devamany Angkat Sumpah Sebagai Senator

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 8:29 PM

Timbalan Presiden MIC yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Seri SK Devamany mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran.

Devamany, 59, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dilantik sebagai Senator susulan pelantikannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet hari ini.

"Yang Dipertua Dewan Negara mengucapkan tahniah kepada beliau dan berharap beliau dapat menjalankan peranan sebagai Senator dengan sebaiknya," menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia.

Devamany pernah menyandang jawatan sama di Jabatan Perdana Menteri dari 2008 hingga 2013.

Beliau merupakan bekas Anggota Parlimen Cameron Highlands untuk dua penggal pada 2004 dan 2008 sebelum tewas bagi kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13, pada 2013.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan