Dakwaan Mukhriz Hanya Imaginasi - MB Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 3:10 PM

Ahmad Razif Abd Rahman

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Umno Terengganu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kononnya ada perjanjian Terengganu akan diserahkan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata semua itu hanyalah andaian dan imaginasi Mukhriz yang merupakan spekulasi jahat yang tidak bersandarkan kebenaran sebaliknya bertujuan menimbulkan keresahan dalam parti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata, kini anggota Umno sudah cukup matang dan spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti sebagaimana telah dibuktikan apabila Majlis Tertinggi membuat keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.

"Umno Terengganu yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 nanti tetapi bakal memperoleh undi majoriti lebih besar hasil gerak kerja yang telahpun digerakkan.

"Sehubungan itu saya meminta Mukhriz dan semua pihak agar tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Pada Ahad dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian Umno-PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Muhkriz Mahathir , Ahmad Razif , Umno

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan