Budiman, Mastura Hadiri Taklimat Khas Dewan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 5:37 PM

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah (tengah) menyerahkan 'Kit Anggota Parlimen' kepada Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid (kiri) dan Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi sebelum memberi taklimat kepada Anggota Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota Parlimen yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid, pada Isnin menjejak kaki di bangunan Parlimen untuk satu taklimat khas.

Budiman, wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dan Mastura bagi kerusi Kuala Kangsar hadir untuk mendengar taklimat berkenaan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat serta perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan kepada kedua-dua mereka untuk menggalas tanggungjawab baharu itu.

Taklimat itu yang disampaikan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah di pejabatnya berlangsung kira-kira satu jam.

Ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat itu, kedua-dua wakil rakyat berkenaan menyatakan tidak sabar untuk berada di dalam Dewan Rakyat, bagi mengutarakan isu-isu berkaitan rakyat.

Bagi Budiman, segala persediaan menjadi anggota Parlimen telah dirangka sejak hari pertama selepas dipilih sebagai wakil rakyat Sungai Besar dan kini beliau cukup bersedia.

"Memandangkan kita akan mula memasuki mesyuarat Dewan Rakyat pada Oktober iaitu pada sesi pembentangan Bajet (2017), jadi isu-isu yang mungkin akan saya bawa menjurus ke arah itu," katanya.

Mastura pula berikrar untuk terlibat secara aktif dalam perbahasan di Dewan Rakyat walaupun mengakui masih banyak yang perlu dipelajari terutama isu-isu peringkat antarabangsa.

"Banyak penyelidikan yang perlu dibuat merangkumi semua perkara di peringkat antarabangsa dan saya perlu melihat dan mendalami perjalanan Dewan Rakyat," katanya.

Kedua-dua mereka dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang iaitu pada 17 Oktober.

Turut hadir pada sesi taklimat itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan anak sulung Mastura, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Budiman dan Mastura dipilih sebagai anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan masing-masing yang diadakan serentak pada 18 Jun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan