Ahmad Husni Letak Jawatan Dalam Umno, BN - Berita Semasa | mStar

Ahmad Husni Letak Jawatan Dalam Umno, BN

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 8:24 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak semua jawatan dalam parti, termasuklah sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bekas Menteri Kewangan II ini juga meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan beberapa jawatan dalam Umno Perak, menurut setiausaha politiknya Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin.

Peletakan jawatannya dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin, mengumumkan bahawa Husni memaklumkan kepadanya mengenai hasrat untuk bersara daripada Kabinet.

"Jadi saya menghormatinya, beliau sudah bersedia untuk bersara," kata Najib pada sidang akhbar.

Datuk Johari Abdul Ghani telah mengambil alih portfolio Ahmad Husni.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan