YKP Tidak Mempunyai Dana Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pada Ahad menjelaskan bahawa organisasi itu tidak mempunyai dana daripada kerajaan berkaitan dengan pengurusan atau kakitangannya.

Menurut YKP dalam satu kenyataan pada Ahad, kerajaan hanya membayar sewa bagi kegunaan pejabat bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan itu.

“Kerajaan turut bertanggungjawab terhadap gaji penjawat awam yang ditugaskan di pejabat bekas perdana menteri keempat berkenaan.

“Dengan peluang yang diberikan, Yayasan akan dan boleh melakukan aktiviti sejak penubuhannya pada 2003,” kata YKP dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat lalu, dilaporkan bahawa kerajaan akan menghentikan segala bentuk sumbangan sama ada peruntukan kewangan, penyelenggaraan mahupun kakitangan yang diberikan kepada YKP, diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut  YKP, perkara itu termasuk pengumpulan dokumen kira-kira 12 juta muka surat, satu jumlah bagi ucapan awam yang direkodkan oleh semua perdana menteri.

“Yayasan percaya bahan-bahan seperti itu sangat tinggi nilainya kepada penyelidik termasuk generasi akan datang, dan mencerminkan objektif serta matlamat utama penubuhanya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu dibuat memandangkan YKP disalahgunakan sebagai pusat untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.

Terdahulu, cadangan supaya menarik balik peruntukan YKP itu dikemukakan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berikutan Dr Mahathir bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

YKP yang ditubuhkan sebagai organisasi yang bukan berorientasikan keuntungan bagi tujuan mengumpul sejarah kepimpinan negara, dengan menumpukan dasar, strategi dan sumbangan yang dibawakan oleh perdana menteri terdahulu.

Tags / Kata Kunci: Yayasan Kepimpinan Perdana , YKP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan