Annuar Musa: Najib Ambil Masa Hampir Setahun Pecat Muhyiddin, Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 9:38 AM

Muhyiddin (kiri) dan Mukhriz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa hampir setahun sebelum akur dengan desakan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk memecat Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, kata Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang merupakan Ketua Penerangan Umno dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Jawatankuasa Disiplin Umno telah mengemukakan penemuannya terhadap kes pelanggaran disiplin oleh dua pemimpin itu.

Jawatankuasa itu mendapati ada kes 'prima facie' terhadap mereka, tetapi menyerahkan kepada MT untuk membuat keputusan, katanya.

Annuar berkata, walaupun diasak bertubi-tubi oleh anggota MT untuk mengambil tindakan terhadap kedua-duanya, Najib masih lagi bertanya adakah keputusan yang dibuat MT itu sebulat suara, adakah sesiapa yang tidak bersetuju atau mempunyai lain-lain pandangan.

"Akhirnya MT membuat keputusannya secara sebulat suara," katanya.

Sementara itu, Pergerakan Puteri Umno turut menyokong pemecatan itu serta keputusan menggantung keanggotaan Mohd Shafie.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan tersebut sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana terlalu banyak tindakan yang dibuat oleh mereka mencalarkan imej parti.

"Tindakan ini dilihat wajar di kala Umno mula merapatkan perpaduan parti. Dikhuatiri jika tiada sebarang tindakan diambil untuk menangani kemelut tindakan mereka, ia boleh berubah menjadi barah," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan