Umno Bakal Serah Kedah Kepada PAS - Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 8:53 PM

Harap maaf, video tidak dijumpai.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hubungan 'panas' di antara PAS dan Umno dianggap petanda awal Kedah bakal dilepaskan kepada parti Islam itu, jelas Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Pada masa sekarang, kelihatan seolah-olah Umno bersedia untuk menyerahkan Kedah, Kelantan dan Terengganu kembali kepada PAS.

"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba membawa PAS dan Umno bersama. Pasti juga ada pertukaran untuk PAS. Saya lihat Kelantan, Terengganu dan Kedah kembali kepada PAS," jelas bekas Menteri Besar Kedah itu ketika sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya pada Ahad.

Ditanya sama ada beliau merasakan ini akan membawa kepada sebuah kerajaan perpaduan bagi negeri-negeri, Mukhriz berkata ia akan menjadi seperti  'menyerah sepenuhnya'.

"Pada pendapat saya, ia bukan satu kerajaan perpaduan, saya rasa semua akan diserahkan sepenuhnya kepada mereka (PAS)," katanya.

Sebelum ini Mukhriz berkata, jika beliau benar-benar ingin menjatuhkan kerajaan, sudah tentu beliau akan meminta Dewan Undangan Negeri Kedah dibubarkan.

"Saya akan meminta Dewan Undangan Negeri dibubarkan ketika saya masih menjadi MB. Dari situ akan berlaku pilihan raya negeri dan Barisan akan tewas.

"Tetapi saya tidak berbuat demikian, namun saya tetap pengkhianat," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Mukhriz

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan