Malaysia Duduki Tangga Ketiga Bagi Pornografi Kanak-Kanak

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 8:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga ketiga di dunia bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak.

Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak polis (D11) Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Tan Gee Soon berkata, maklumat itu dikongsi oleh polis antarabangsa.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang menjadikan pemilikan pornografi kanak-kanak sebagai satu kesalahan.

"Bagaimanapun, kita mempunyai Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan dilem dan imej pornografi," kata Gee Soon kepada pemberita selepas menghadiri majlis #ReplyForAll-MY yang dianjurkan oleh R.AGE, Digi, WOMEN:girls dan Unicef pada Sabtu.

Amerika Syarikat (AS) mengungguli kedudukan itu, diikuti Belanda.

Ditanya sama ada polis akan berusaha untuk membuat pindaan terhadap Seksyen 292 yang hanya berkaitan dengan jualan dan pengedaran bahan lucah, Gee Soon yang merupakan salah seorang ahli panel dalam sesi tersebut menjawab bahawa mereka sedang ke arah itu.

Beliau turut memberitahu bahawa D11 merangka caangan untuk satu undang-undang bagi menangani pesalah laku seksual. 

Akhbar The Star menerusi laporan muka depan baru-baru ini memaparkan tentang pesalah laku sesual yang mengumpan golongan muda menerusi aplikasi sembang secara dalam talian.

Tags / Kata Kunci: pornografi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan