Laporan Charlie TUDM Dipintas Jet Pejuang Indonesia Diteliti - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 10:42 PM

Hishammuddin Tun Hussein (tiga, kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazaar Ramadan Setiawangsa pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang meneliti secara terperinci dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna pada Ahad.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan itu, pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas di ruang udara ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Labuan.

"Laporan insiden itu dah diterima, namun belum dapat maklumat lengkap secara sahih...kita akan menyiasat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa di sini.

Beliau berkata sebelum ini, isu-isu yang melibatkan kedua-dua pihak berjaya diselesaikan secara diplomasi.

Hishammuddin berkata beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, dan tidak mempunyai masalah untuk berbincang sekiranya laporan yang diterima itu memerlukan beliau untuk menghubungi rakan sejawatannya itu.

Beliau berharap media bertanggungjawab dan tidak memperbesarkan insiden itudemi menjaga keharmonian dan hubungan baik kedua-dua negara.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan