Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Isu Sari

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 12:15 PM

Salinan jemputan yang tersebar di media sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penjelasan mengenai isu kakitangannya tidak dibenarkan memakai sari pada perhimpunan khas Aidilfitri pada 1 Julai depan.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MBI memberitahu bahawa terdapat salah tafsiran mengenai kod pakaian dalam jemputan yang dihantar kepada kakitangannya.

"Kekeliruan itu telah menyebabkan salah faham.

"Apabila ia berkata 'kecuali sari', ia bermaksud kakitangan boleh memakai pakaian sari yang bersesuaian dan mereka yang bekerja di lapangan boleh memilih untuk memakai sari, baju kerja atau apa sahaja yang bersuaian untuk majlis itu," menurut MBI.

Satu salinan jemputan yang tersebar di media sosial menimbulkan kemarahan netizen dengan kebanyakan mereka mendakwa MBI bersikap diskriminasi.

Kod pakaian di dalam jemputan itu menyatakan bahawa mereka yang berbangsa Melayu perlu memakai 'pakaian kebangsaan' manakala pemakaian bagi bangsa Cina, Inda dan lain-lain adalah 'baju perayaan masing-masing kecuali sari'.

Bagaimanapun, menurut MBI, ia tidak pernah berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

"Kami tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, terutama dalam bulan Ramadan di mana mereka yang beragama Islam dan bukan Islam digalakkan untuk menghormati dan memaafkan antara satu sama lain.

"Oleh itu, kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Majlis Bandaraya Ipoh , sari

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan