Kemeriahan Iftar di Masjid Nabawi

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Usai solat Asar, makanan siap dipek, minuman berkaleng, botol dan kotak serta manisan mula dibawa ke Masjid Nabawi untuk berbuka puasa.

Kanvas dihamparkan manakala plastik putih yang bertindak umpama saprah mula dibentang di luar kawasan Masjid Nabawi.

Anak-anak muda lelaki berganding bahu membentang kanvas dan plastik putih panjang sebelum kawasan dataran Masjid Nabawi dibanjiri jemaah umrah serta penduduk sekitar untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Di kaki lima hotel pula laungan sabil sabil jelas kendengaran yang mana edaran makanan dan minuman sedang rancak diagihkan.

Di dalam masjid juga makanan diagihkan biar pun tidak semeriah seperti di dataran Masjid Nabawi.

Boleh dikatakan, Ramadan di Arab Saudi khusunya di dua kota suci umpama pesta ibadat, pesta bersedekah, pesta makanan dan minuman serta jalinan silaturahim yang semakin akrab sepanjang bulan puasa.

Sejurus azan Maghrib berkumandang, semua menjamah manisan, makanan dan minuman. Namun selepas 10 minit, anak-anak muda menghampiri jemaah dan mengingatkan untuk bersolat.

Lima minit kemudian, lauangan qamat pula kedengaran sekali gus menandakan solat Maghrib berjemaah akan bermula.

Sekali lagi suara anak-anak muda yang begitu pantas berkemas dan mengangkat kanvas menasihatkan jemaah agar menyegerakan solat.

Kagum melihat kecekapan mereka berkemas kerana dalam masa singkat kawasan di dataran Masjid Nabawi kembali bersih dan boleh dijadikan tempat bersolat.

Tags / Kata Kunci: Madinah , Masjid Nabawi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan