Duke Of York Hadir Majlis Peringatan Sempena Persidangan RCEL

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 3:33 PM

Duke of York, Putera Andrew menghadiri majlis peringatan sempena Persidangan Liga Diraja Bekas Askar Negara-Negara Komanwel (RCEL) ke-32 di Tugu Negara pada Ahad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Duke of York Putera Andrew pada Ahad menghadiri majlis peringatan sempena Persidangan Liga Diraja Bekas Askar  Negara-Negara Komanwel (RCEL) ke-32 di Tugu Negara di sini.

Putera Andrew yang juga Presiden Utama RCEL, tiba pada 10.35 pagi dan mengadakan sesi bergambar bersama 115 anggota RCEL dan meletakkan kalungan bunga sebelum berakhirnya majlis peringatan itu.

RCEL adalah sebuah badan amal Komanwel dengan keahlian 57 organisasi dari 50 negara Komanwel dan menyediakan kebajikan untuk 40,000 bekas tentera Komanwel di negara-negara anggota.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) Che Onn Neamat dan Setiausaha Agungnya Lt Kol (B) Christopher Warren.

Menurut Christopher, RCEL menganjurkan persidangan untuk perwakilan dari  anggota organisasi setiap empat tahun dan tahun ini, Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi persidangan ke-32, yang berlangsung mulai hari ini hingga 29 Jun.

Christopher berkata ini kali pertama persidangan itu diadakan di Malaysia selepas ia berlangsung di Malta pada 2012.

"Che Onn menyertai persidangan di Malta empat tahun lepas, dan beliau mencadangkan Malaysia dan mendapat sokongan majoriti anggota Komanwel.

"Che Onn melakukan tugas dengan baik dengan berkata delegasi akan berasa sangat dialu-alukan ketika berada di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis peringatan itu.

Sementara itu, Che Onn ketika ditemui pemberita berkata RCEL telah membantu bekas tentera British seperti beliau mendapatkan bantuan dana kebajikan.

"Dengan penubuhan persatuan kami (PBAB) serta bantuan RCEL dan United Kingdom, kami mendapat dana yang memberi manfaat kepada hampir 200 bekas tentera British yang sudah tua dan uzur hari ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan