Debat Terowong Dasar Laut Antara DAP Dan Gerakan Pada 28 Jun

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Debat mengenai isu terowong dasar laut antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng akan diadakan pada 28 Jun ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" itu menggunakan bahasa kebangsaan dan diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan. Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 11 Jun lepas, Liang menyatakan keinginan untuk berdebat berhubung isu projek terowong dasar laut selepas Lim menolak tawaran Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo untuk berdebat.

Loo pernah menganjurkan dan menjemput Lim untuk berdebat pada 11 Jun lepas namun Lim tidak hadir selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.

Wong berkata peguam Lee Khai akan menjadi moderator pada sesi debat yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Liang untuk menguruskan supaya debat itu dapat disiarkan secara langsung di televisyen.

"Saya masih belum tahu sama ada siaran langsung dari stesen televisyen boleh dijalankan atau tidak," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin hadir pada debat itu supaya datang awal kerana dewan itu hanya mampu menampung kapasiti 500 orang sahaja.

Katanya skrin besar turut disediakan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak dapat tempat di dalam dewan untuk mengikuti debat itu.

Tags / Kata Kunci: debat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan