Tindakan Wajar, Umno Tidak Pilih Kasih - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

BERA: Tindakan Majlis Tertinggi Umno memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir disifatkan wajar dan bukan suatu perkara luar biasa. 

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu juga membuktikan Umno tidak pernah pilih kasih dalam mengenakan tindakan terhadap mana-mana anggotanya yang melanggar peraturan dan undang-undang parti.

"Muhyiddin dan Mukhriz wajar diambil tindakan kerana mereka berada di pentasbersama pembangkang. Umno kecewa dengan sikap pemimpin seperti ini kerana tindakan memburukkan pemimpin dan kerajaan adalah bertentangan dengan perlembagaan parti," katanya kepada pemberita semasa menyampaikan sumbangan bantuan Aidilfitri di FELDA Sebertak, dekat sini, Sabtu.

Oleh itu, pemecatan keahlian mereka berdua adalah wajar dan tindakan initidak menjejaskan parti Umno dalam memperjuangkan pembangunan negara, kata beliau.

Ismail Sabri berkata semua anggota MT bersependapat dalam soal pemecatan kedua pemimpin tersebut manakala nasib Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digantung keahliannya bakal diputuskan setelah semua laporan diperolehi.

Katanya, setakat ini laporan mengenai sikap dan tindakan naib presiden itu belum dibentangkan atau diperolehi dengan selengkapnya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata tindakan itu juga mampu menguat dan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota parti.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri , Muhyiddin , Mukhriz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan