Penggunaan Telefon Bimbit Antara Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 5:32 PM

Foto: FAIHAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan kajian bagi membuktikan ia satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pengguna jalan raya di negara ini.

"Sebenarnya telefon telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia.

Fungsinya bukan lagimenjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.

"Hal itu juga mengubah soal keselamatan jalan raya dan menjadi cukup berbahaya apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar, atau mencari lokasi ketika sedang memandu mahupun menunggang motosikal,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 di tempat letak kereta bersebelahan Perhentian Bas Bentong,pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Ariffin Che Mat dan Pengarah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Datuk Jim Khor. 

Beliau berkata tema Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 iaitu 'Fokus Di Jalan Bukan Di Tangan' adalah bertepatan dengan senario semasa kerana kajian yang dijalankan oleh Miros mendapati 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia termasuk penggunaan telefon bimbit.

"Setiap kali kita adakan kempen, mesti ada moto tertentu seperti sebelum ini buckle up at back seat (pakai tali pinggang keledar di kerusi belakang). Sudah hampir 10 tahun kita menjalankan kempen ini, air liur kita pun dah habis, namun kajian mendapati hanya tujuh peratus daripada pemandu di negara ini mematuhi arahan itu.

"Rakyat Malaysia kalau tiada penguatkuasaan atau penalti mereka akan relaks sahaja. Jadi kita mahukan kedua-duanya dilaksanakan dan ini akan melibatkan kerjasama antara polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau tidak kempenhanya jadi kempen," katanya.

Sehubungan itu, katanya kementerian menerusi agensi yang berkaitan akan terus melakukan kempen keselamatan jalan raya dengan penguatkuasaan lebih agresif secara bersepadu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan rayasupaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Bagi tujuan itu juga, katanya kementerian akan mewujudkan JKJR di peringkat daerah bagi memastikan segala kempen yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

Dalam masa yang sama juga, kerjasama akan turut dilakukan dengan Kementerian Pendidikan bagi memberi kesedaran undang-undang dan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar. 

Selain itu, Liow turut mengarahkan Miros supaya menjalankan kajian denganteliti berhubung tempoh hayat sesebuah topi keledar kerana didapati kebanyakan penunggang motosikal di negara ini menggunakan topi keledar yang berusia lebih lima tahun sehingga membahayakan nyawa mereka apabila berlaku kemalangan.

"Sekarang hanya ada ditulis tarikh pembuatan, tarikh luput tidak ada.Apabila kajian ini dijalankan, kita akan pastikan ada tempoh hayatnya dan apabila melebihi tempoh hayat itu, jangan pakai kerana ia membahayakan keselamatan. 

"Penetapan peraturan yang berkaitan akan dilakukan selepas kajian itu selesai dilakukan kelak," katanya.  -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan