Pastikan Bayi Terima Vaksinasi Yang Diperlukan - Rohani Karim

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menggesa ibu bapa supaya memastikan bayi mereka menerima vaksinasi yang dijadualkan Kementerian Kesihatan bermula sejak lahir lagi.

Beliau membuat gesaan itu susulan kes kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun di Melaka baru-baru ini kerana disyaki terkena jangkitan bakteria difteria.

Katanya, vaksinasi berkenaan diberi secara percuma oleh Jabatan Kesihatan untuk melawan bakteria difteria atau jangkitan pada saluran kerongkong adalah sejenis penyakit yang boleh membunuh kanak-kanak dengan mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta isteri bagi meraihkan kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, Jumaat malam.

Rohani turut mengakui terdapat dalam kalangan ibu bapa beragama Islam yang ragu-ragu untuk membenarkan anak mereka menerima vaksinasi difteria kerana dikatakan mengandungi komponen babi yang diharamkan.

"Memang terdapat sesuatu dalam vaksin berkenaan yang tidak halal tetapi terdapat satu fatwa mengatakan jika ia dikategorikan sebagai sejenis ubat maka ia boleh diambil," katanya.

"Saya sendiri pernah melalui keadaan ini, jadi apa yang saya lakukan ialah bertanya kepada seorang ustaz yang mengatakan jika ia dikategorikan sebagai ubat maka ia hendaklah diambil sebagai ubat.

"Saya faham ia adalah keputusan yang amat sukar tetapi ia situasi antara hidup dan mati kerana kalau tak diambil (vaksin) maka akan ada kemungkinan kanak-kanak dijangkiti penyakit," tambahnya.

Katanya, ibu bapa juga harus faham bahawa vaksinasi atau imunisasi adalah salah satu proses untuk mengawal sesuatu penyakit.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa agar mengubah sikap jumud dan  taksub dengan sesuatu pandangan mengenai isu-isu berkaitan vaksinasi yang diviralkan dalam media sosial sehingga menolak vaksin.

Beliau juga berkata, semua taska di bawah kementerian telah diarahkan untuk memberi notis peringatan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan yang diperlukan.

Pada majlis berkenaan sebanyak 176 penerima terdiri daripada Orang Kurang Upaya, anak yatim dan warga tua diraikan dan menerima sumbangan raya daripada ketua menteri Sarawak dan kementerian.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rohani Karim , vaksin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan