Ringgit Susut Kepada 4.15 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengalami pembetulan lagi minggu depan kepada RM4.15 berbanding dolar US berikutan keputusan mengejutkan pungutan suara Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, pembetulan itu adalah reaksi spontan dan di luar kawalan kawal selia kerana ia juga berlaku di ekonomi sedang muncul lain.

"Bagaimanapun, situasi itu menawarkan peluang untuk membeli secara murah. Tetapi apa yang lebih penting ialah psikologi pelabur dan kita berharap tidak berlaku jualan panik," katanya.

Untuk minggu baru berakhir yang pendek disebabkan cuti, ringgit diniagakan keseluruhannya lebih tinggi berbanding dolar US dipacu keyakinan Britain akan kekal dalam EU tetapi sentimen itu segera bertukar pada Jumaat selepas undi untuk keluar blok ekonomi itu mendahului ketika pengiraan dijalankan.

Pasaran ditutup pada Rabu untuk cuti umum sempena Nuzul al-Quran.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu lebih tinggi kepada 4.0850/0950 berbanding dolar US daripada 4.0970/0030 pada minggu sebelumnya.

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6806/6961 daripada 5.8550/8652 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.5450/5573 daripada 4.6112/6196.

Bagaimanapun ia jatuh berbanding yen kepada 3.9668/9777 daripada 3.9277/9350 pada minggu lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ringgit , EU , Dolar AS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan