Jenazah Prof Izzi Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 1:43 PM

Profesor Madya Md. Izuddin Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jenazah pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali atau lebih dikenali dengan Prof Izzi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, di sini, pagi Sabtu.

Jenazah Prof Izzi dikebumikan bersebelahan pusara ibu bapanya, Ali Ismail dan Maimon Abdul Rahman serta adik perempuannya, Zainon, pada 9 pagi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Kedah diiringi isteri, Roziah Shafie, 48, dan dibawa ke rumah kakak sulungnya, Zaleha, 55, di Taman Bestari, Gong Badak di sini, kira-kira 4.30 pagi.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan di Masjid Kampung Pulau Rusa pada 8 pagi.

Prof Izzi meninggal dunia di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah pada 1.15 tengah hari Jumaat akibat strok.

Allahyarham sebelum itu dikejarkan ke Hospital Jitra, pada 11 Jun lalu selepas rebah ketika berwirid selepas menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Al-A'la di Tanah Merah, Jitra.

Prof Izzi semasa hayatnya terkenal sebagai pakar motivasi yang popular dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal'.

Allahyarham juga adalah bekas pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Prof Izzi , upacara pengebumian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan