Mek Som Makin Pulih Daripada Trauma

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 12:56 PM

Pergelangan kaki Mek Som putus ditetak seorang remaja lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mek Som Mat Diah, warga emas yang putus kaki kiri akibat ditetak seorang remaja lelaki Ahad lepas, semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Insiden itu berlaku dalam kejadian samun di rumah Mek Som, 89, di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, Pasir Mas.

Anak saudaranya, Mek Nab Awang Ngah, 70, berkata ibu saudaranya itu mula menerima hakikat dirinya yang kini cacat anggota.

"Dia telah mula makan dan dapat tidur nyenyak. Cuma dia sedikit gelisah kerana tak mahu lama tinggal di hospital dan ingin segera pulang ke rumah.

"Doktor cakap mungkin Isnin atau Selasa ini Mek Som akan dibenarkan pulang ke rumah," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Sabtu.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat Mek Som di hospital berkenaan.

Beliau turut melawat Ketua Biro The Star Kelantan Syed Azhar Alqadri yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 11 Jun lepas di hospital sama.

Mek Nab yang tinggal di Jengka 11, Pahang berkata beliau akan menjaga ibu saudaranya itu sehingga sembuh kerana menganggap Mek Som seperti ibunya sendiri.

"Saya akan jaga Mek Som sampai dia sembuh dan akan turut berhari raya bersamanya nanti," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mek Som , cedera , ditetak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan