Lebih 2 Juta Sertai Program Klik Dengan Bijak SKMM

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Lebih 2 juta orang telah menyertai program 'Klik Dengan Bijak' (KDB) dalam penggunaan Internet anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak, ia dilancarkan pada 2012.

Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan SKMM, K.Juslly Elis berkata dalam tempoh itu, lebih 24,000 aktiviti KDB dianjurkan di seluruh negara dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber.

"KDB memberi fokus kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga terhadap langkah utama yang perlu diperhati dan diamalkan semasa melayari Internet," katanya kepada pemberita selepas Aktiviti Advokasi SKMM Bersama Komuniti - KDB@Ramadan bersama anak-anak yatim dari Yayasan Anak-Anak Yatim Kelantan di sini Jumaat malam.

K.Juslly berkata pihaknya mahu masyarakat terutama golongan remaja dan belia bawah 30 tahun yang merupakan 60 peratus pengguna Internet di negara ini, bijak menggunakan teknologi tersebut iaitu berhati-hati dan berfikir sebelum mengakses Internet.

"KDB menyasarkan mereka ini yang lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian. Kita mahu mereka ini kekal selamat dan terjamin semasa melayari Internet apabila berkongsi maklumat peribadi khususnya di laman web yang mencurigakan, untuk menjaga etika bahasa dan cara yang betul dalam perbualan dan ketika menulis," katanya.

Beliau berkata, KDB juga dilengkapi dengan kandungan berilmiah untuk membantu mengurangkan bilangan orang yang menjadi mangsa jenayah siber.

SKMM bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan sebagai rakan kongsi strategik dalam melaksanakan program KDB tersebut, katanya.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam KDB itu ialah taklimat dan seminar, pameran, aktiviti interaktif seperti cabaran KDB, carian perkataan keselamatan Internet dan aplikasi permainan mudah alih klik hunter.

Mengenai aktiviti advokasi SKMM bersama komuniti itu yang diadakan di seluruh negara, K. Juslly berkata lebih 1,000 orang termasuk anak yatim, Orang Kelainan Upaya dan golongan miskin di seluruh negara terlibat dengan  aktiviti berkenaan.

Beliau berkata selain majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan, pihaknya turut memberi taklimat mengenai tip penggunaan Internet secara positif.

Penganjuran aktiviti itu dilakukan oleh pejabat wilayah SKMM, pejabat negeri SKMM dan pejabat cawangan SKMM di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Pejabat SKMM Kelantan Mohd Padhli Yusoff.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SKMM , Klik Dengan Bijak , K.Juslly Elis

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan