Kerajaan Akan Terus Bantu Rakyat Walaupun Dihina - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kepada rakyat sebagai satu tanggungjawab walaupun dihina dan ditohmah sebagai 'memberi dedak' kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata dakwaan pihak tertentu itu adalah satu penghinaan kepada rakyat sedangkan kerajaan mengutamakan kemaslahatan rakyat itu merupakan satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi.

"Beri bantuan pada rakyat adalah tanggungjawab...sebab itu saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kisah apa yang orang hendak cakap kerana yakin akhirnya rakyat tahu apa yang dibuat adalah untuk kemaslahatan mereka.

"Alhamdulillah di Malaysia ini kita dapat mara ke hadapan kerana rakyat memilih kerajaan yang mengutamakan kemaslahatan, kebajikan dan kepentingan rakyat," katanya semasa berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan bersama di Masjid Putra di sini, Sabtu.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail.

Program Nur Ramadan merupakan acara tahunan yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan sejak 2009 bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kerajaan dengan komuniti setempat membabitkan 13 kawasan Parlimen iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Najib berkata serangan serta tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan tidak menjejaskan keyakinan rakyat seperti dibuktikan melalui kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan rakyat memiliki keyakinan kepada kerajaan, tahu menilai dan akhirnya membuat keputusan memilih parti yang terbukti berjaya dalam menjaga kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

Untuk tahun ini, sebanyak RM1.3 juta diperuntukan kementerian itu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Al Bukhary, Yayasan Wilayah Persekutuan dan syarikat-syarikat korporat bagi menjayakan program itu.

Pada majlis itu, Perdana menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Putra oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan menaiktaraf kemudahan dan program pembangunan ummah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Bantu Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan