Kenyataan Kafir Harbi Cetus Serangan IS Terhadap Bukan Islam - MCA

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 2:15 PM

Chai Kim Sen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA khuatir kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menganggap segelintir pihak sebagai kafir harbi boleh mempengaruhi anggota kumpulan militan IS untuk melancarkan serangan maut di negara ini.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata kenyataan mufti itu boleh mencetuskan perang saudara dan membahayakan mereka yang menentang cadangan pindaan Mahkamah Syariah yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Memegang jawatan yang dihormati, mufti Pahang perlu bertanggungjawab dan bercakap dengan bijak kepada orang ramai kerana setiap kata-katanya boleh mempengaruhi rakyat Malaysia yang dipercayai ingin melancarkan serangan terhadap mereka yang menentang pindaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Chai berkata rangkaian kumpulan Abu Sayyaf yang meluas di rantau ini dan ancaman terbaharu IS menjadikan kenyataan Dr Abdul Rahman lebih berbahaya kerana ia akan menaikkan semangat kumpulan itu untuk melancarkan serangan dan penculikan terhadap orang bukan Islam.

"Tambahan pula, penggunaan ayat 'kafir harbi' tidak sesuai kerana kita semua adalah rakyat Malaysia dalam negara yang sama dan menggesa serangan terhadap 'kafir harbi' ibarat memulakan perang saudara sesama manusia," katanya.

Beliau berkata Dr Abdul Rahman sepatutnya harus menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong usaha Bukit Aman dalam menangani ancaman keganasan domestik.

"Mufti Pahang itu perlu memikirkan semula dan menarik balik kata-kata tersebut," kata Chai.

Dr Abdul Rahman yang dipetik dalam akhbar Bahasa Melayu baru-baru ini sebagai berkata parti seperti DAP tergolong dalam kalangan 'kafir harbi' kerana menentang pelaksanaan hukum Islam.

Katanya, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Tags / Kata Kunci: MCA , kafir harbi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan