Kes Demam Campak Di Pahang Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di negeri ini, tahun ini ekoran tidak mendapat suntikan vaksin penyakit itu.

Pengarahnya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 29 kes demam campak direkodkan berbanding hanya dua kes bagi tempoh masa sama pada 2015.

"Kes melibatkan pesakit berusia antara 3 bulan hingga 37 tahun dan 38 peratus daripada kes adalah mereka yang layak mendapat suntikan imunisasi tetapi didapati tidak mendapat suntikan vaksin campak," katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata, walaupun liputan imunisasi di Pahang mencapai sasaran yang ditetapkan, masih ada ibu bapa atau penjaga yang enggan membenarkan anak mereka diberi imuniasasi dan jumlah ini semakin meningkat.

"Berdasarkan laporan, pada 2014 terdapat 84 kes menolak imunisasi dan meningkat kepada 126 kes pada 2015 manakala sebanyak 88 kes direkodkan sehingga Mei tahun ini," katanya.

Dr Zainal Ariffin menambah antara punca penolakan suntikan imunisasi adalah mempunyai keraguan terhadap kandungan vaksin, mengamalkan perubatan homeopati dan terpengaruh dengan pujukan keluarga atau rakan yang menolak amalan itu.

"Fenomena ibu bapa dan penjaga menolak suntikan imunisasi amat membimbangkan kerana ini boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak dan menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit berjangkit," katanya.

Beliau menambah jabatan kesihatan negeri menyediakan perkhidmatan imunisasi sejak 1956 bagi mencegah penyakit dan komplikasinya, melindungi individu dan masyarakat, mengawal kejadian wabak, eliminasi penyakit tertentu dan membasmi penyakit.

Sehingga kini terdapat 89 klinik kesihatan, 239 klinik desa dan 11 hospital menawarkan perkhidmatan itu, tambahnya.

Bagi memastikan lebih ramai mengetahui kebaikan suntikan imunisasi, Dr Zainal Ariffin berkata jabatan itu akan mendidik masyarakat dan mempromosi kesihatan termasuk menerusi saluran media sosial. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: demam campak , Pahang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan