Ketepikan Perbezaan, Perbalahan Untuk Hadapi PRU-14: Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 4:00 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan ahli politik pembangkang supaya memahami secara mendalam kelemahan pakatan tersebut berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Dalam sepucuk surat terbuka yang ditulis dari penjara Sungai Buloh di mana beliau sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat, Anwar berkata beliau menyedari keputusan kedua-dua PRK itu baru-baru ini amat mengecewakan ramai pihak yang menaruh harapan terhadap pembangkang.

Justeru, beliau mengingatkan ahli politik pembangkang supaya meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Pada masa sama, Anwar juga menasihatkan mereka supaya mengetepikan perbezaan dan perbalahan dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

"Parti-parti pembangkang mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah di atas keputusan PRK ini, dan memahami dengan amat mendalam kelemahan-kelemahan kita. Sekarang bukanlah masa untuk mencari alasan atau menuding jari.

"Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat.

"Ketepikan perbezaan dan perbalahan. Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul, duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah," katanya.

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti lebih besar berbanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi.

Di Sungai Besar, Selangor, calon BN, Budiman Mohd Zohdi, pula menang dengan majoriti 9,191 undi, sekali gus mengatasi jauh majoriti 399 undi yang diperoleh oleh bekas penyandang dari BN, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

Budiman, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, memperoleh 16,800 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang menerima 6,902 undi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang memperoleh 7,609 undi.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , PRU-14 , Pakatan Pembangkang

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan