500 Kes Tolak Vaksin Kanak-Kanak Awal Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Terdapat 500 kes ibu bapa yang menolak suntikan vaksin dicatat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata jumlah yang tinggi itu mencetuskan kebimbangan kerana ia membahayakan dan mendedahkan anak-anak mereka kepada penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

"Saya hairan mengapa ibu bapa masih tidak mahu memberikan imunisasi kepada anak-anak bagi mencegah penyakit. Ia percuma...kerajaan belanjakan lebih RM100 juta setiap tahun untuk menyediakan 12 jenis suntikan vaksin kepada semua kanak-kanak daripada lahir hingga umur 13 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sumbangan Aidilfitri kepada 220 orang kurang upaya (OKU) daerah Barat Daya di Pasaraya Mydin Bukit Jambul di sini, Jumaat.

Dr Hilmi berkata apabila ramai kalangan ibu bapa yang menolak imunisasi, maka kelompok imuniti akan hilang menyebabkan jika berlakunya satu kes maka ia akan merebak kepada individu lain dengan lebih cepat.

"Ramai ibu bapa yang mempertikaikan tentang vaksin yang disediakan, sebenarnya kami di kementerian terlebih dahulu menyemak dan mengkaji semua vaksin itu bebas daripada khinzir," katanya.

Dr Hilmi berkata penolakan suntikan vaksin itu juga berpunca daripada masyarakat kini yang lebih mempercayai maklumat yang diperoleh berdasarkan pelbagai carian menerusi internet yang kebanyakannya tidak tepat.

Beliau berkata kementerian kini giat menjalankan kempen kesedaran termasuk mengadakan perjumpaan dengan pakar-pakar bagi memberikan nasihat kepada ibu bapa di seluruh negara supaya memberikan kebenaran suntikan vaksin terhadap anak-anak mereka.

Terdapat 12 jenis vaksin penting perlu diberikan kepada kanak-kanak dan vaksin paling penting ialah vaksin lima serangkai yang bertujuan mengelakkan pelbagai ancaman penyakit termasuk difteria, katanya.

"Bagi kes yang maut akibat difteria itu adalah disebabkan tidak mengambil vaksin lima serangkai ini," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang mewajibkan ibu bapa memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka, Dr Hilmi berkata perkara itu belum diputuskan.

Terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria iaitu pada Sabtu lepas di Melaka dan Rabu lalu di Kedah.

Tags / Kata Kunci: Vaksin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan