Pelancong China, Enam Penduduk Tempatan Terkandas Di Perairan Pulau Mantanani Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang berusaha mencari 18 orang mangsa selepas bot katamaran yang mereka naiki terbalik kira-kira pukul 8 malam Khamis di Pulau Mantanani pada Khamis.

Dua belas daripada 18 yang terlibat adalah pelancong dari China, dan empat lagi anak kapal.

Dua penduduk tempatan juga berada di atas bot itu.

Tiga kapal APMM berada kawasan itu dan berkomunikasi dengan anak-anak kapal katamaran.

Semua 18 orang yang terlibat berada dalam kumpulan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata bot peronda mereka sudah di kawasan itu tetapi sukar untuk mencari bot yang terbalik itu.

"Kami berkomunikasi melalui telefon dengan anak-anak kapal dan kami menasihatkan mereka untuk memakai jaket keselamatan dan mengikat diri mereka antara satu sama lain dengan tali supaya mereka tidak hanyut," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu, operasi menyelamat sedang dijalankan.

Pulau Mantanani berada kira-kira satu jam perjalanan dengan bot dari Kota Belud, iaitu kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu.

Pulau ini popular di kalangan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan berenang.

Tags / Kata Kunci: Pulau Mantanani , APMM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan