Terbangkan Dron Di Kawasan Stesen Pemancar Salah Di Sisi Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menerbangkan gajet 'dron' di kawasan stesen pemancar adalah di larang dan mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Jailani berkata penggunaan dron adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan mana-mana pihak yang ingin menerbangkan dron perlu mendapat frekuensi penerbangan yang dibenarkan oleh DCA.

"Orang ramai perlu mendapatkan kelulusan frekuensi penerbangan dron mereka daripada DCA kerana menerbangkan dron tanpa kelulusan DCA (termasuk di kawasan pemancar) adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur TM di Stesen Pemancar TM Bukit Besar, dekat sini, Khamis malam.

Turut hadir, Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.

Jailani mengulas mengenai ancaman penggunaan dron oleh pengguna di kawasan berisiko tinggi termasuk stesen-stesen pemancar di seluruh negara.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Jailani menggesa mana-mana syarikat telekomunikasi mewartakan stesen pemancar mereka sebagai kawasan larangan kerana ia berisiko tinggi kepada orang awam.

Katanya, selain mengelak daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab ia juga bagi memastikan keselamatan orang ramai jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan stesen pemancar.

"Bagi stesen pemancar kita (tv dan radio) memang semua telah diwartakan sebagai kawasan larangan dan dikawal 24 jam oleh pihak keselamatan...namun bagi menara pemancar telekomunikasi (yang baharu dibina) ada yang tidak diwartakan lagi sebagai kawasan keselamatan.

"Saya percaya ia perlu diwartakan sedemikian sebab ada antara menara yang dibina boleh mencapai ketinggian 450 meter dan ini boleh membahayakan mana-mana pesawat pada waktu malam," katanya.

Jailani dalam pada itu turut mengingatkan agar mana-mana syarikat telekomunikasi atau orang perseorangan tidak membina pemancar 'haram' kerana ia adalah satu kesalahan dan mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang serta menara haram itu akan dirobohkan.

"Ia tidak boleh dibina sewenang-wenangnya kerana pembinaan menara telekomunikasi perlu mendapat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pada program itu seramai 20 kakitangan TM yang bertugas syif malam diberikan pek makanan yang mengandungi nasi Arab, buah kurma dan sebotol air mineral sebagai juadah untuk bersahur.

Tags / Kata Kunci: Dron

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan