Sewa Kerusi Kanak-Kanak Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keselamatan kanak-kanak semasa dalam perjalanan di jalan raya telah menjadi kebimbangan ramai pada masa kini.

Tetapi, bagi sesetengah orang, harga kerusi kereta kanak-kanak mungkin mahal menyebabkan ramai ibu bapa akhirnya membiarkan anak mereka duduk di pangkuan mereka atau duduk sendiri semasa di dalam kereta.

Kini, anda tidak perlu risau kerana menjelang sambutan Hari Raya ini, paultan.org - sumber utama berita automotif di Malaysia - menawarkan khidmat sewa kerusi kereta kanak-kanak selama sebulan, pada harga yang berpatutan untuk mereka yang memerlukan.

Ketua Editorialnya, Hafriz Shah berkata tahun ini, mereka menawarkan 185 kerusi kereta kanak-kanak, dalam empat jenis untuk disesuaikan dengan saiz kereta dan umur kanak-kanak.

"Kami menerima hampir 1,000 permohonan daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak kami memulakan kempen ini dua minggu lalu. Tetapi, kami lebih menyasarkan kepada mereka yang tidak mampu membeli kerusi kereta kanak-kanak terlebih dahulu," katanya kepada Bernama.

Kempen yang memasuki tahun kedua itu ditaja oleh Mercedez Benz. Tahun lepas, paultan.org menawarkan 160 kerusi dan menerima kira-kira 1,500 maklum balas.

Hafriz berkata perkhidmatan itu memerlukan sedikit deposit iaitu RM150 untuk kerusi tidak Isofix dan RM300 untuk kerusi Isofix. (Isofix ialah standard antarabangsa untuk pemasangan poin tali pinggang keledar bagi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan).

"Selepas sebulan menyewa, mereka boleh memulangkan kerusi kereta itu dan mendapat kembali deposit. Tetapi, jika mereka ingin menyimpannya, mereka boleh terus menggunakannya dan depositnya akan dianggap sebagai bayaran untuk kerusi kereta itu.

"Deposit yang disimpan akan digunakan untuk membeli lebih banyak kerusi kereta bagi kempen di masa hadapan," katanya.

Hafriz berkata pihaknya akan memberikan sewa secara percuma pada hujung minggu ini, bagaimanapun, permohonan masih dibuka sehingga Aidilfitri.

Mereka yang berminat boleh melayari paultan.org bagi memilih kerusi kereta yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Tags / Kata Kunci: Aidilfitri

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan