"Nasib Baik Saya Pakai Seluar Dalam" - Ku Nan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 9:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insiden seluar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlondeh sewaktu Barisan Nasional (BN) meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar baru-baru ini menjadi bahan jenaka di kalangan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno sendiri begitu terbuka saat mengimbau kembali kejadian memalukan yang menjadi viral di media sosial itu.

Malah beliau mengakui insiden seluar terlondeh seperti itu adalah kali ketiga pernah dilaluinya namun yang pertama diviralkan secara meluas.

"Nasib baik saya pakai seluar dalam, kalau tak pakai langsung macam mana? Tapi tak apa, saya okay. Nak buat macam mana.

"Sebab puasa, badan saya susut sedikit. Tambahan pula sebab saya lupa pakai tali pinggang. Tapi saya tahu ada yang suka," katanya secara berseloroh kepada pemberita yang menunggu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Terdahulu, Tengku Adnan sendiri 'membuka mulut' mengenai insiden berkenaan apabila menyedari kebanyakan wakil media mula tersenyum apabila beliau memasuki bilik sidang media sebelum ketibaan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Kenapa anda senyum-senyum? Anda asyik fikir mengenai seluar dalam saya? Tapi nasib baik saya pakai seluar dalam warna putih, kalau pakai yang bercorak atau polkadot lagi susah," katanya sambil disambut gelak tawa wakil media.

Tambah Tengku Adnan, beliau tidak perlu malu dengan insiden berkenaan kerana ia berlaku secara tidak sengaja.

"Saya tak malu. Benda nak jadi. Ada juga suruh saya nafi kata itu gambar edit.

"Tapi saya katakan tak perlu buat demikian kerana ia memang berlaku," katanya.

Ketika beliau asyik bercerita mengenai kejadian itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut memasuki bilik sidang media.

"Ni semua salah Datuk Hishammuddin, seluar saya terlondeh...tapi dia tetap genggam tangan saya tak nak lepas. Saya nak cepat-cepat tarik seluar.

"Sudahlah tak nak lepas, beliau pula yang tengok seluar saya ketika itu," kata Tengku Adnan sambil ketawa.

Mendengar kenyataan Tengku Adnan itu, Hishammuddin segera menghampiri beliau dan melakonkan semula aksi mengangkat tangan seperti yang berlaku di Sungai Besar.

Hishammuddin juga secara berseloroh berkata, beliau mengalami mimpi ngeri akibat daripada kejadian seluar terlondeh berkenaan.

"Nasib baik Ku Nan duduk, kalau dia berdiri nanti terlondeh lagi.

"Saya terkejut macam mana seluar Ku Nan boleh terlondeh. Nasib baik beliau pakai seluar dalam," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor , Ku Nan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan