Keselamatan Negara Ketika Aidilfitri Terjamin - Tentera

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Rakyat tidak perlu bimbang tentang tahap keselamatan di kawasan sempadan negara sepanjang musim perayaan ini, memandangkan ia dijamin berada pada tahap terbaik.

Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata jaminan itu diberi berdasarkan penugasan kira-kira 3,000 anggota di kawasan persempadanan Semenanjung Malaysia, tidak termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan terlibat dengan beberapa operasi khusus termasuk Operasi Merpati di Johor dan Melaka serta Operasi Wawasan dan Pagar di kawasan persempadanan Malaysia-Thailand.

"Malahan, saya juga akan berada di sempadan Malaysia-Thailand pada Hari Raya ini untuk meninjau keadaan di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anggota tentera di Markas Taktikal S Bateri 33 Rejimen Artileri Diraja (RAD) di Kampung Tebing Runtuh, di sini, Khamis malam.

Katanya, beliau percaya anggota-anggota yang ditugaskan itu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan fokus, tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.

"Memang bagi anggota yang sudah berkeluarga, mereka akan merasa kesunyian dan sedih apabila berhari raya bersendirian.

"Namun, saya berharap mereka bersabar dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas terutama sekali ketika menjaga keselamatan 'base' (penempatan) dan persempadanan mereka," kata Zulkiple.

Zulkiple juga merakamkan terima kasih kepada para keluarga anggota-anggota terlibat yang sanggup melepaskan suami dan isteri sendiri ketika hendak menyambut Aidilfitri bagi menjaga keselamatan negara. 

Tags / Kata Kunci: Tentera

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan