Miti: Kesan Jangka Panjang Brexit Ke Atas Dagangan, Pelaburan M'sia Minimum

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 9:57 PM

Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesan pungutan suara Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit ke atas perdagangan dan pelaburan Malaysia dalam jangka panjang adalah minimum, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, asas yang kukuh dan kepelbagaian ekonomi Malaysia berada dalam kedudukan lebih baik untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan.

Bagaimanapun, katanya, mungkin terdapat sedikit kesan dalam tempoh terdekat.

"Berkaitan perdagangan, Brexit tidak mungkin mempunyai gangguan besar ke atas sektor luaran Malaysia.

"Pada 2015, perdagangan Malaysia dengan United Kingdom (UK) berada pada RM16.5 bilion atau 1.1 peratus daripada keseluruhan dagangan kita," tambah beliau.

Mustapa berkata, nilai dagangan Malaysia dengan UK mencatat pertumbuhan 9.4 peratus kepada RM16.45 bilion pada 2015 daripada RM15.02 bilion pada 2014. 

"Eksport berjumlah RM9.32 bilion, kenaikan 17.6 peratus berbanding RM7.92 bilion pada 2014. 

"Jumlah import meningkat sedikit sebanyak 0.3 peratus kepada RM7.13 bilion pada 2015 berbanding RM7.10 bilion pada 2014," katanya.

Pada 2015, UK adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di EU dan sumber keempat terbesar pelaburan.

Setakat 2015, sejumlah 433 projek pembuatan dengan pembabitan UK telah dilaksana dengan nilai pelaburan RM6.8 bilion.

Mengenai pelaburan langsung asing, Mustapa berkata, Brexit akan mempunyai kesan minimum kerana ia selalunya mempunyai kesan jangka panjang.

"Kita percaya UK akan terus menjadi penggiat penting melalui pelaburannya dalam sektor perkhidmatan Malaysia, terutama dalam perbankan dan pendidikan," katanya.

Mustapa berkata, UK tidak lagi menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU yang sedang dirundingkan, tetapi kemungkinan mempunyai FTA dua hala dengan negara berkenaan boleh terokai.

"Kerjasama rapat beberapa dekad di antara Malaysia dan UK melangkaui perkongsian ekonomi. 

"Ia menjadi asas kukuh untuk pertumbuhan masa depan kita dan Brexit tidak akan menjejaskan hubungan kita. Kita akan terus membina momentum ini dan bergerak ke depan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Mustapa Mohamed , Brexit , Miti

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan