Keluarga Miskin Gembira Dapat Bantuan Dari BSN

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 4:28 PM

Pengurus Bahagian Komunikasi Penjanamaan Bank Simpanan Nasional (BSN), Aizura Mellissa Muzammil (empat, kanan) menyampaikan bantuan untuk menyambut Aidilfitri kepada Nora Aslinda Che Rosli, 36, di rumah beliau di Kampung Bukit Tanah. Seramai 13 pelanggan bank itu di bawah kategori miskin di seluruh negara dari setiap negeri terpilih mendapatkan bantuan untuk sambutan Aidilfitri

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Sebuah keluarga miskin di Kampung Bukit Tanah di sini, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mendapat bantuan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyambut Aidilfitri.

Aman Suria Ismail, 40, bersama isteri Aslinda Che Rosli, 36, bersama enam anak berusia setahun hingga 17 tahun, melahirkan rasa syukur kerana kini mampu beraya dengan pakaian baharu.

Aman Suria berkata keenam-enam anaknya itu masih belum mempunyai pakaian raya disebabkan beliau tidak mampu membelinya.

"Maklumlah bekerja sebagai penanam padi, pendapatan tidak seberapa, secara purata antara RM300 dan RM500 sebulan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kadang-kadang beliau terpaksa berhutang di kedai runcit untuk mendapatkan bekalan makanan, manakala anak-anak pula terpaksa meminta makanan dengan datuk mereka yang tinggal berdekatan.

Aman Suria berkata beliau tidak dapat melakukan kerja berat akibat kerosakan buah pinggang selepas terjatuh dari bangunan ketika bekerja di Singapura 10 tahun lepas.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Komunikasi, Penjenamaan BSN, Aizura Mellissa Muzammil berkata seramai 13 pelanggan bank itu dari seluruh negara terpilih untuk mendapatkan bantuan bagi sambutan Aidilfitri.

"Bantuan itu berupa bekalan makanan dan wang tunai mencukupi bagi sebuah keluarga menyambut Hari Raya Adilfitri pada awal bulan depan," katanya.

Beliau berkata bantuan itu sebagai kesinambungan daripada kempen Hari Raya Aidilfitri tahun lepas bagi memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni kepada segenap lapisan masyarakat agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.

Tags / Kata Kunci: BSN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan