Hormati Pilihan UK Keluar Dari EU - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata, pilihan United Kingdom (UK) untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) harus dihormati oleh semua. 

"Pengundi di UK telah bersuara. Sebagai demokrat, kita harus menghormati keputusan tersebut. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan kami di Britain dalam menempuh masa depan baharu yang mereka pilih," kata beliau menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook selepas keputusan pungutan suara yang bersejarah di UK pada Jumaat.

Dalam pungutan suara yang bersejarah pada Khamis, 51.9 peratus atau 17,410,742 pengundi menyokong negara itu meninggalkan EU sementara 48.1 peratus atau 16,141,241 pengundi memilih untuk kekal dalam EU.

UK menjadi negara pertama daripada 28 negara anggota untuk berpisah dari EU dalam sejarahnya selama 60 tahun. - Bernama

Tags / Kata Kunci: EU , UK

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan