Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 6:12 PM

Allahyarham Dayang Raoyah

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Dayang Raoyah Abang Adeng meninggal dunia di rumahnya di Jalan Ixora di sini, pada Jumaat akibat kanser serviks.

Beliau berusia 63 tahun.

Dayang Raoyah yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) meninggal dunia pada 2.02 petang selepas dibawa pulang dari Hospital Sarikei di sini.

Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Chan Pan Chan berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian timbalannya itu oleh anggota-anggota MDS.

Menurutnya tiga minggu lepas, Dayang Raoyah dimasukkan ke sebuah hospital pakar swasta di Kuching kerana mengalami masalah kesihatan.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat kami di MDS. Beliau seorang yang kuat bekerja, bertanggungjawab dan penuh dedikasi dalam menjalankan tugas sejak menjawat jawatan timbalan pengerusi lebih 20 tahun lepas," katanya ketika dihubungi.

Dayang Raoyah, yang meninggalkan empat anak, dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak sejak 2014.

Allahyarham juga merupakan anggota Majlis Kerja Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ketua Pergerakan Wanita PBB N41 Kuala Rajang.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sarikei sebelum Maghrib.

Turut menziarahi jenazahnya ialah Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja & Latihan dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh serta Anggota Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman. 

Tags / Kata Kunci: Sarawak

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan