Coca-Cola Edisi Euro 2016 Tiada Alkohol

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 7:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Coca-Cola Malaysia menafikan  dakwaan bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol.

Ia berkata walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, "bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.

"Ini termasuk negara-negara yang Islam adalah agama utama," kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.

Ia berkata syarikat memahami pasaran tempatan dan mengiktiraf dan menghormati kepentingan meyakinkan pengguna Islam bahawa produknya mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat supaya pengguna boleh meminumnya tanpa ragu-ragu.

Kenyataan itu berkata Coca Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah.

"Untuk mendekatkannya dengan peminat bola sepak dan pengumpul di Malaysia, Coca-Cola Malaysia telah mengimport barangan ini untuk dijual untuk masa yang terhad di kedai-kedai terpilih di negara ini," kata kenyataan itu.

Ia berkata sebagai syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Company telah dan akan terus mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat, memastikan keebersihan dan pematuhan kualiti untuk semua produknya.

Tags / Kata Kunci: Coca-Cola , Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan