Brexit: Britain Akan Terus Tumpu Kukuh Hubungan Dengan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 11:45 PM

Vicki Treadell. Foto AZLINA ABDULLAH / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Britain di sini akan terus memberi tumpuan kepada mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia untuk kepentingan kedua-dua negara.

"Kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. United Kingdom (UK) dan Malaysia adalah rakan kongsi penting dan ini tidak berubah," kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berikutan keputusan pungutan suara UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit pada Khamis.

"Ini adalah keputusan bersejarah oleh rakyat Britain, mereka telah membuat pilihan untuk meninggalkan EU.

"Kerajaan UK akan berusaha ke arah melaksanakan kemahuan rakyatnya dan memulakan proses rasmi dan mengikut undang-undang untuk keluar EU," kata Treadell.

Beliau menambah, asas ekonomi UK adalah kukuh dan kekal sebagai ekonomi kelima terbesar dunia, anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta anggota Kumpulan Tujuh (G7), G20 dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Treadell berkata, UK akan terus menjadi satu-satunya anggota kumpulan terbabit yang membelanjakan dua peratus keluaran dalam negara kasar ke atas pertahanan dan keselamatan dan 0.7 peratus bagi membantu pihak lain melalui program bantuan pembangunan global.

"Ini adalah tempat UK di dunia," tambah beliau. 

Pungutan suara itu, yang bertindak sebagai nasihat kepada kerajaan Britain, akan melalui dua tahun rundingan bagi memuktamadkan 'perpisahan' daripada blok ekonomi berkenaan, yang menjana kira-kira €13.920 trilion keluaran dalam negara kasar pada 2014. 

Sementara itu, Najib dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai pungutan suara itu berkata, beliau yakin hubungan Malaysia-UK akan terus kekal dan diperkukuh. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Brexit , Vicki Treadell

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan