Bazar Mega Raya Himpun 160 Usahawan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bazar Aidilfitri terbesar yang menghimpunkan lebih 160 usahawan akan diadakan di Pusat Konvensyen Mid Valley, Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 Julai.

Bazar Mega Raya EID 2016 (MRE2016) yang dianjurkan Eh Eh Bazaar merupakan platform terbesar usahawan dan peniaga atas talian mengadakan promosi besar-besaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar Holdings, Iffah Zaimi berkata, MRE 2016 mampu menarik ramai pengunjung yang membeli belah di saat-saat akhir sebelum warga kota pulang ke kampung halaman.

"Berdasarkan pengalaman daripada acara-acara yang lalu, produk-produk yang menarik, berkualiti tinggi, terkini dan jarang didapati di pasaran bakal menjadi tarikan utama.

"Ini adalah peluang terbaik untuk usahawan online turun bertemu pelanggan secara offline sempena musim perayaan dan saya percaya bazaar ini mampu menarik 200,000 pengunjung," katanya.

MRE 2016 turut menampilkan artis dan selebriti yang tidak melepaskan peluang memperagakan produk jualan masing-masing.

Antaranya adalah Emma Maembong, En Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, DJ Lin Suria Cinta, Bienda, Hafreez Adam dan ramai lagi.

Sementara itu MRE 2016 turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik selain daripada jualan produk usahawan online.

Antaranya adalah program kerjasama dengan TV Alhijrah untuk pengisian Ramadan seperti sesi, solat terawih berjemaah, selawat perdana dan pelbagai pengisian menarik sempena Ramadan.

Maklumat lanjut tentang program Mega Raya EID 2016 dan aktiviti-aktiviti lain boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar iaitu www.ehehbazaar.com.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan