Tiga Lelaki Bahrain Antara 15 Pengemis Diselamatkan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 5:14 PM

Anggota JKM melakukan pemeriksaan dalam operasi meneyelamat pengemis di Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lelaki Bahrain adalah antara 15 pengemis dan kutu rayau yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam operasi di sini, Khamis.

Operasi bermula 3.30 petang itu dijalankan di empat lokasi sekitar daerah Timur Laut iaitu di bazar Ramadan Sungai Nibong dan Taman Tun Sardon serta Queen Street dan Masjid Kapitan Keling.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Rossaffie Ismail berkata selain warga Bahrain itu, tiga lagi rakyat asing yang ditahan ialah dua dari Myanmar (masing-masing seorang lelaki dan wanita) dan seorang lelaki Thailand.

"Selebihnya rakyat tempatan. Kesemua mereka berusia antara 50 dan 70 tahun...ada yang tidur di kawasan kami jalankan operasi kerana tidak mempunyai tempat tinggal," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita itu dipercayai mengemis untuk mendapatkan duit bagi menyara kehidupan mereka.

Rossaffie berkata mereka yang diselamatkan dalam operasi itu dihantar ke pusat tahanan untuk menjalani ujian saringan sebelum ditempatkan di Anjung Indah dan Desa Bina Diri jika tidak mempunyai keluarga manakala yang berkeluarga akan diserah kepada keluarga atau waris mereka.

Tags / Kata Kunci: JKM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan