Anak Muda Malaysia Pilih Waktu Kerja Tradisi Berbanding Waktu Kerja Fleksibel

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika generasi millenia di seluruh dunia mahu mendapatkan pekerjaan yang menawarkan waktu kerja fleksibel, satu kajian mendapati bahawa millenia Malaysia lebih suka dengan pekerjaan tradisi 9 pagi hingga 5 petang.

Kajian oleh firma pengambilan Randstad menyatakan bahawa satu pertiga daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 24 tahun lebih suka terikat dengan kerja di meja berbanding melakukan kerja di luar pejabat pada waktu-waktu tertentu menggunakan emel, telefon atau internet.


"Satu keputusan yang tidak dijangka, sekurang-kurangnya untuk diperkatakan," kata Pengarah Randstad Malaysia Ryan Carroll.

Millenia Malaysia nampaknya lebih cenderung untuk memilih kerja di pejabat yang terikat dengan waktu yang ditetapkan berbanding millenia di Singapura dan Hong Kong.

"Munculnya keseimbangan kerja dan kehidupan sebagai keutamaan bagi millenia di seluruh dunia sudah diketahui umum. Walaupun begitu, millenia di Malaysia telah menyuarakan bahawa ini tidak begitu penting bagi mereka.

"Keutamaan untuk berada di tempat kerja yang lebih tradisional mungkin berpunca daripada prospek ekonomi Malaysia yang lemah menyebabkan millenia lebih prihatin tentang mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan dan bukannya bimbangkan tentang faedah seperti jadual kerja fleksibel," kata Caroll.

Kajian daripada laporan Randstad Award membuat tinjauan terhadap lebih 200,000 responden daripada kumpulan umur dan tahap pendidikan berbeza di seluruh dunia.


Laporan itu mendapati bahawa 45 peratus daripada millenia Malaysia lebih senang untuk berpegang kepada waktu kerja standard.

Ini adalah lebih tinggi daripada pekerja dalam kumpulan usia 25-44 dan 45-65, di mana 40 peratus dan 39 peratus daripada mereka masing-masing menyatakan keutamaan untuk waktu kerja standard.

Bagaimanapun, berkerja dari rumah menggunakan internet, emel dan telefon bukanlah satu keutamaan bagi millenia Malaysia.

Hampir satu pertiga daripada semua pekerja dalam kumpulan umur ini berkata, mereka lebih suka bekerja di pejabat setiap hari, tetapi berkerja dari rumah sekali-sekala tidak menjadi masalah.

Hanya 29 peratus daripada millenia Singapura dan 28 peratus daripada millenia di Hong Kong berkata mereka akan memilih untuk berkerja di waktu pejabat.

Pusat Penyelidikan Pew mentakrifkan millenia sebagai orang yang lahir selepas tahun 1980. Mereka dianggap sebagai generasi pertama untuk mencapai tahap dewasa dalam alaf baru.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan