Mastura Akan Pastikan Keperluan Penduduk Kuala Kangsar Didahulukan

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 2:11 PM

Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid mendengar masalah penduduk Abdullah Mat Senang, 52, (kiri) ketika memulakan tugas rasminya di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar, Khamis. Mastura memenangi pilihan raya kecil parlimen itu pada 18 Jun lepas. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid yang menang pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, berjanji akan memastikan kehendak penduduk Kuala Kangsar yang terdahulu, dapat diteruskan dan diselesaikan segera.

Mastura yang masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari berkata: "(Sebagai wakil rakyat yang baharu) Saya perlu berkerja keras kerana saya tidak ada masa banyak untuk selesaikan pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar di sini Khamis.

Mastura, 55, yang merupakan balu Anggota Parlimen sebelum ini, Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad berkata terdapat pelbagai agenda yang telah dirancang.

"Antaranya melawat tapak bagi pembinaan pusat latihan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) sebagaimana dijanjikan arwah Wan Mohammad Khair-il (bekas Pengerusi MPOB) sebelum ini," katanya.

Menyentuh tentang status dirinya yang masih dalam edah, Mastura berkata beliau telah mendapatkan pandangan dan panduan daripada Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam menjalankan tugas.

"Menurut mufti, sekiranya saya perlu berkhidmat atau yang memerlukan saya ke arah usaha-usaha itu maka saya dibenarkan untuk keluar, tetapi ada perkara-perkara seperti meraikan kemenangan, itu tidak dibenarkan.

"Perkara yang memerlukan saya ke pejabat dan melihat semula semua perkara yang hendak diusahakan seperti janji-janji saya kepada rakyat ia perlu ditepati," katanya.

Mengenai lawatannya ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar Mastura berkata beliau sangat terharu kerana berada di pejabat arwah suaminya.

"Inilah bilik Allahyarham dan ia kini menjadi satu tanggungjawab amat besar bagi diri saya untuk mengorak satu perjalanan memberikan khidmat bakti untuk orang Kuala Kangsar," katanya.

Dalam PRK Kuala Kangsar 18 Jun lalu, Mastura menang dengan mengetepikan empat calon lain setelah memperoleh majoriti 6,969 undi.

PRK itu diadakan berikutan kematian suaminya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan