MAIWP Nafi Kutip Zakat RM2.2 Bilion Pada 2013

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 7:18 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Rabu menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook bahawa kutipan zakatnya bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion.

MAIWP dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, jumlah itu merupakan jumlah yang berjaya dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) sejak ditubuhkan pada 1991 sehingga 2013.

"Jumlah tersebut adalah jumlah yang telah berjaya dikutip dan kemudiannya diagihkan oleh MAIWP menerusi pelbagai program agihan zakat sepertimana dilaporkan dalam laporan tahunan yang dibentangkan di Parlimen," menurut kenyataan itu.

Suara Rakyat dalam akaun Facebooknya pada Rabu mendakwa sehingga kini tiada pengumuman mahupun laporan kutipan zakat bagi tahun 2014 dan 2015 yang dikeluarkan selain mempersoalkan 'ada sesuatu berlaku' pada kutipan zakat itu yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

Menurut MAIWP, kutipan zakat di Wilayah Persekutuan dan juga laporan agihan perlu diaudit dan dibentangkan setiap tahun di Parlimen.

Bagi tahun 2014, laporan tahunan MAIWP telah dibentangkan di Parlimen pada Okt 2015 dan laporan boleh dimuat turun di www.maiwp.gov.my.

Manakala bagi tahun 2015, laporan tersebut kini dalam proses pengauditan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

"Untuk makluman laporan kewangan MAIWP telah mendapat sijil audit bersih daripada JAN selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2006.

"MAIWP juga telah menerima penarafan tertinggi iaitu empat bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2011 hingga 2013," kata kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: MAIWP , PPZ , kutipan zakat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan